Pengedar Shaklee Sungai Buloh: Pengedar Shaklee Sg.Buloh : Menu Kurang Sihat

07 August 2015

Pengedar Shaklee Sg.Buloh : Menu Kurang Sihat

Assalamualaikum dan Salam Kesihatan Buat Semua..

malam ni kita start dengan entry ringan-ringan2.. Entry selera orang mengandung kali ke-2.. hehehehe

Sambal kosong, Stok beberapa hari atau seminggu

Membawak perut anak kedua ni, tekak selalu mintak makanan yang rasa dia agak kuat. kalau nak masin biar masin betul, kalau nak manis biar manis habis2.. cenggitu la.. kalau lauk pulak memang suka makanan yang betul2 ade rasa. kalau macam sup yang rasa ala-ala kurang tu memang tak mau layan.. hehe. ngade.

Kali ni suka sangat makan sambal. paling suka sambal ikan keli. Sambal kosong ni memang jarang kehabisan. ade je sentiasa. buat sambal kosong banyak2, nanti masa nak masak tinggal masukkan je bahan utama macam ayam ke, ikan, udang sotong dan lain-lain..

yang best nya tu, jimat masa! balik keje walaupun badan penat tapi tekak teringin nak makan sambal, mintak tolong husband buat kan pon boleh. goreng kan ikan, panaskan sambal ikut kuantiti yang kita nak makan tu. Settle! badan penat, dapat pulak makan lauk yang kita suka memang tidur lena lah malam2.. hehehe.

Lauk malam ni, sambal kentang. 

lupa kentang biji dah habis. yg ade french fries. belasah lah.. ku sambalkan jugak... hehehehe

Ayam Goreng Rangup jenama Saudi

Ayam ni lauk anak sebenarnya. dia suka sangat ayam goreng. nak goreng ikan lupa nak turunkan. masih freeze lagi. jadi kita amik sikit lauk dia.. nanti ayah ganti balik naaa... hehehehe


Makanan Mak yong malam ni.

Takde lah banyak mana pon makan. memang nasi sejemput tu je. makan lelebih kang memang membuak balik la jawabnya.. Biasanya makan sikit dulu, nanti agak2 lapar makan lagi.. walaupun jam pukul 2 pagi.. ape ade hal... janji perut penuh.. hehehehehehe

So far, tekak lebih senang terima makanan rumah, masak sendiri berbanding lauk luar. tak pasti kenapa. tapi kadang pagi2 memang rasa nak makan macam2. tapi bila tiba masa nak pegi membeli tu terus kembang tekak.. terus tak jadi.. macam-macam pe'el kan??

Nampak macam x cukup zat je kan?? Sayur ape pon takde.. 
Takpe, kita topup dengan Supplemen.

In shaa allah, moga baby mendapat zat yang terbaik. amin :)

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh
Jika anda ingin mendapatkan Mana-mana produk shaklee,
Anda  boleh hubungi saya, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh, kuang dan kundang, Jika anda berada diluar kawasan sekitar pengeposan boleh dilakukan.

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...