Pengedar Shaklee Sungai Buloh: Pengedar Shaklee Sg. Buloh : Khasiat Buah Oren

17 November 2015

Pengedar Shaklee Sg. Buloh : Khasiat Buah Oren

 Assalamualaikum dan Salam Kesihatan Buat Semua..

Dalam banyak-banyak buah, saya rasa ramai yang suka buah oren. Bukan saja sedap dimakan, jus oren pun memang sedap diminum. Tapi pastikan jus yang asli saja, bukannya yang sudah dicampur dengan gula, apatah lagi gula yang berlebihan. Takut nanti niatnya ingin sihat, tapi akhirnya kena kencing manis pula. Pasa asasnya, semua orang tahu bahawa buah-buahan mengandungi khasiat yang pelbagai. 

 Tapi tahukah anda mengenai khasiat buah oren terhadap kesihatan anda? Vitamin C? Ya, oren adalah sumber yang kaya dengan vitamin C. Namun, bukan itu saja. 




Tahukah anda bahawa:
  1. Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita.
  2. Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat
  3. Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
  4. Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
  5. Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
  6. Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.
Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.
 

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.
Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

Tips penting:
Kulit buah oren yang bewarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan anda juga.

 Dapat kan Vitamin C pada bulan ini dengan tawaran harga yang menarik!!!


**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh
Jika anda ingin mendapatkan Mana-mana produk shaklee,
Anda  boleh hubungi saya, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh, kuang dan kundang, Jika anda berada diluar kawasan sekitar pengeposan boleh dilakukan.

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...